PENGENALAN.
Metodologi kajian
merupakan gabungan antara kajian kualitatif dan kajian kuantitatif “mixed methodology” yang akan di gunakan
untuk mencapai objektif kajian strategi promosi produk IKS (FAMA). Metodologi
kajian merupakan kaedah yang paling sesuai untuk menjalankan kajian kerana dalam metodologi mempunyai banyak
cara untuk memperoleh data maklumat sama ada secara kualitatif dan kuantitatif. Metodologi kajian merupakan
satu cara yang efektif bagi menyelesaikan masalah promosi produk keluaran IKS
ini. Metodologi penyelidikan juga merupakan satu kaedah yang di gunakan oleh
penyelidik untuk mengumpul data yang telah di kaji serta untuk mendapatkan
maklumat data analisis.
REKA
BENTUK KAJIAN
KUALITATIF.
Kajian kualitatif ialah
kajian yang menggunakan kaedah temubual dan perhatian. Melalui kaedah temubual
dan pemerhatian yang di jalankan data kajian dapat di kumpul oleh penyelidik. Secara
tidak lansung, kaedah temubual dan pemerhatian dapat memudahkan kajian yang di
jalankan oleh penyelidik. . Penyelidik juga dapat membina konsep, hipotesis dan
teori untuk di kembangkan.
TEMUBUAL.
Kaedah temubual
merupakan dapatan data secara bersemuka dengan pihak kedua untuk mendapatkan
maklumat dengan lebih terperinci tentang kajian yang di jalankan. Penyelidik
telah menemubual En Norizam seorang pegawai daripada FAMA Kota Samarahan yang
menjawat jawatan sebagai bahagian pengeluaran dan pemasaran. Penyelidik
mendapat maklumat perkembangan aktiviti FAMA seperti produk keluaran FAMA, promosi
yang di jalankan dalam waktu terdekat, serta Industri Kecil dan Sederhana (IKS)
yang berada di bawah FAMA. Penyelidik juga
menemubual lagi seorang pegawai
TINJAUAN.
Kaedah tinjauan juga di jalankan di sekitar tempat
yang berkaitan dengan kajian yang di jalankan. Penyelidik membuat tinjauan ke
beberapa tempat yang dapat membantu penyelidik dalam kajian yang di jalankan seperti di pasaraya,
K Shoppe, pasar tani, kedai runcit dan sekitar kawasan kajian untuk melihat jika
promosi di adakan. Melalui kaedah tinjauan ini penyelidik dapat melihat dan
menilai sendiri sejauhmana promosi yang di jalankan.
PEMERHATIAN.
Kaedah
pemerhatian merupakan sumber sekunder yang di gunakan oleh penyelidik dalam
kajian ini untuk mendapatkan maklumat tentang produk IKS (FAMA). Antara sumber
rujukan yang di gunakan oleh penyelidik ialah laman sesawang (internet),
majalah, broser, artikel, risalah, surat khabar dan journal. Melalui kaedah ini
penyelidik dapat mencari maklumat tambahan dalam melaksanakan kajian dengan
lebih cepat.
4 FOTOGRAFI.
Fotografi merupakan salah satu kaedah
yang di gunakan oleh penyelidik untuk mendapatkan maklumat tentang promosi
produk IKS (FAMA). Penyelidik menggunakan fotografi untuk mengambil bukti dan
juga di jadikan bahan rujukan yang di peroleh semasa menjalankan kajian. Gambar
di ambil semasa membuat tinjauan di sekitar kawasan yang berkaitan dengan kajian di Kuching
seperti di pasar, kedai runcit, K shoppe yang terdapat produk IKS. Fotografi penting dalam kajian kerana di gunakan
sebagai bahan rujukan dan sample dalam kajian.
KUANTITATIF.
Kajian
kuantitatif ialah kajian yang menggunakan data atau
maklumat yang boleh di ukur iaitu melalui kajian soal
selidik dan ujian dalam penyelidikan ini. Melalui kajian soal selidik dan ujian
terhadap responden yang terpilih dalam penyelidik mendapat makluamt tentang
promosi produk IKS (FAMA). Penyelidik menjalankan soal selidik di sekitar
kawasan kajian yang melibatkan orang awam dan penjual prduk
IKS sendiri.Terdapat 3 bahagian yang terdapat borang soal selidik yang di
jalankan oleh penyelidik antaranya ialah.
i)Bahagian A: Latar belakang
responden.
ii)Bahagian B: Pengetahuan
responden.
iii)Bahagian C: Pandangan
esponden tentang penyelidikan kajian.
Metodologi kajian
kaedah yang di gunakan adalah menemubual dua orang pegawai FAMA dari Kota
Samarahan dan Kuching Sarawak.
Profile Pertama
Nama: En. Norizam
Umur: 40 tahun
Asal:Kuching,Sarawak
Jawatan:Pegawai pengeluaran dan pemasaran
Tempat:Kompleks Pengumpulan Ladang FAMA Jalan Meranek 93400 Kota Samarahan
Profil kedua
Nama:En. Safrizam Bin Siddiq
Umur:45 tahun
Asal:Kuching,Sarawak
Jawatan;Pegawai promosi
Tempat:Medan Niaga Satok Jalan Matang 93050 Petra Jaya K uching Sarawak.
No comments:
Post a Comment