Monday 24 November 2014

Contoh Poster Pameran

                                                                poster memancing

                                                               poster pameran pengantin

                                                                            poster kraf

Strategi Pameran

                                                            Aktiviti Mewarna

                                                            Demostrasi Masakan

                                                                  Aktiviti menari

                                                                      Aktiviti Larian

                                                                      Cabutan Bertuah

Gambar Pameran IKS










Thursday 20 November 2014

Design Poster

poster 1


                                                                             poster 2

Thursday 13 November 2014

Rujukan

                                                                         Billboard

                                                                      poster

Metodologi Kajian



PENGENALAN.
          Metodologi kajian merupakan gabungan antara kajian kualitatif dan kajian kuantitatif “mixed methodology” yang akan di gunakan untuk mencapai objektif   kajian strategi promosi produk IKS (FAMA). Metodologi kajian merupakan kaedah yang paling sesuai untuk menjalankan  kajian kerana dalam metodologi mempunyai banyak cara untuk memperoleh data maklumat sama ada secara kualitatif  dan kuantitatif. Metodologi kajian merupakan satu cara yang efektif bagi menyelesaikan masalah promosi produk keluaran IKS ini. Metodologi penyelidikan juga merupakan satu kaedah yang di gunakan oleh penyelidik untuk mengumpul data yang telah di kaji serta untuk mendapatkan maklumat data analisis.


REKA BENTUK KAJIAN
         KUALITATIF.
                        Kajian kualitatif ialah kajian yang menggunakan kaedah temubual dan perhatian. Melalui kaedah temubual dan pemerhatian yang di jalankan data   kajian dapat di kumpul oleh penyelidik. Secara tidak lansung, kaedah temubual dan pemerhatian dapat memudahkan kajian yang di jalankan oleh penyelidik. . Penyelidik juga dapat membina konsep, hipotesis dan teori untuk di kembangkan.


TEMUBUAL.
             Kaedah temubual merupakan dapatan data secara bersemuka dengan pihak kedua untuk mendapatkan maklumat dengan lebih terperinci tentang kajian yang di jalankan. Penyelidik telah menemubual En Norizam seorang pegawai daripada FAMA Kota Samarahan yang menjawat jawatan sebagai bahagian pengeluaran dan pemasaran. Penyelidik mendapat maklumat perkembangan aktiviti FAMA seperti produk keluaran FAMA, promosi yang di jalankan dalam waktu terdekat, serta Industri Kecil dan Sederhana (IKS)   yang berada di bawah FAMA. Penyelidik juga menemubual lagi seorang pegawai 


  TINJAUAN.
            Kaedah tinjauan juga di jalankan di sekitar tempat yang berkaitan dengan kajian yang di jalankan. Penyelidik membuat tinjauan ke beberapa tempat yang dapat membantu penyelidik dalam  kajian yang di jalankan seperti di pasaraya, K Shoppe, pasar tani, kedai runcit  dan  sekitar kawasan kajian untuk melihat jika promosi di adakan. Melalui kaedah tinjauan ini penyelidik dapat melihat dan menilai sendiri sejauhmana promosi yang di jalankan.




PEMERHATIAN.
            Kaedah pemerhatian merupakan sumber sekunder yang di gunakan oleh penyelidik dalam kajian ini untuk mendapatkan maklumat tentang produk IKS (FAMA). Antara sumber rujukan yang di gunakan oleh penyelidik ialah laman sesawang (internet), majalah, broser, artikel, risalah, surat khabar dan journal. Melalui kaedah ini penyelidik dapat mencari maklumat tambahan dalam melaksanakan kajian dengan lebih cepat.


4   FOTOGRAFI.
            Fotografi merupakan salah satu   kaedah yang di gunakan oleh penyelidik untuk mendapatkan maklumat tentang promosi produk IKS (FAMA). Penyelidik menggunakan fotografi untuk mengambil bukti dan juga di jadikan bahan rujukan yang di peroleh semasa menjalankan kajian. Gambar di ambil semasa membuat tinjauan di sekitar kawasan  yang berkaitan dengan kajian di Kuching seperti di pasar, kedai runcit, K shoppe  yang terdapat produk IKS. Fotografi  penting dalam kajian kerana di gunakan sebagai bahan rujukan dan sample dalam kajian. 


KUANTITATIF.
                     Kajian kuantitatif ialah  kajian  yang menggunakan  data atau  maklumat  yang  boleh di ukur iaitu melalui kajian soal selidik dan ujian dalam penyelidikan ini. Melalui kajian soal selidik dan ujian terhadap responden yang terpilih dalam penyelidik mendapat makluamt tentang promosi produk IKS (FAMA). Penyelidik menjalankan soal selidik di sekitar kawasan kajian   yang melibatkan orang awam dan penjual prduk IKS sendiri.Terdapat 3 bahagian yang terdapat borang soal selidik yang di jalankan oleh penyelidik antaranya ialah.
i)Bahagian A: Latar belakang responden.
ii)Bahagian B: Pengetahuan responden.
iii)Bahagian C: Pandangan esponden tentang penyelidikan kajian.
 

 
Metodologi kajian kaedah yang di gunakan adalah menemubual dua orang pegawai FAMA dari Kota Samarahan dan Kuching Sarawak.

Profile Pertama
Nama: En. Norizam
Umur: 40 tahun
Asal:Kuching,Sarawak
Jawatan:Pegawai pengeluaran dan pemasaran
Tempat:Kompleks Pengumpulan Ladang FAMA Jalan Meranek  93400 Kota Samarahan      

Profil kedua
Nama:En. Safrizam Bin Siddiq
Umur:45 tahun
Asal:Kuching,Sarawak
Jawatan;Pegawai promosi
Tempat:Medan Niaga Satok Jalan Matang 93050 Petra Jaya K uching Sarawak.