Menurut Kamus Dewan Edisi ,keempat, Industri Kecil dan Sederhana (IKS) ditafrifkan sebagai perusahaan perkilangan atau syarikat yang menyediakan perikhmatan berkaitan perkilangan dengan pusing ganti jualan tahunanya yang tidak melebihi RM 25 juta dan menggaji kakitangan sepenuh masa tidak melebihi 150 orang.Industri Kecil dan Sederhana (IKS) adalah kompenan yang penting dalam ekonomi Negara.Berikutan peranan dan sumbangan besar sektor Industri Kecil dan Sedehana (IKS) kepada ekonomi Negara.
Berdasarkan statistik yang di peroleh dari laman sesawang SME info, iaitu sumber setempat untuk rujukan Industri Kecil adan Sederhana IKS. Didapati sebanyak 644 buah industri kecil dan sederhana (IKS) yang terdapat di Sarawak.Penyelidikan yang saya jalankan ialah tentang promosi produk keluaran Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) di Sarawak. Lembaga pemasaran pertanian persekutuan (FAMA) juga di kenali sebagai (Federal Agricultural Marketing Autority). Lembaga pemasaran pertanian persekutuan (FAMA) di Sarawak mempunyai 10 cawangan antaranya Samarahan ,Bintulu ,Mukah dan Sibu .Penyelidikan saya hanya berfokuskan Pejabat FAMA di cawangan Kota Samarahan bertempat di Kompleks Pengumpulan Ladang FAMA Jalan Meranek 93400 Kota Samarahan Sarawak.
PENGENALAN
INDUSTRI ASAS TANI
Industri
Asas Tani merupakan,industri yang membantu para usahawan terutamanya industri
kecil dan sederhana (IKS)dalam memberi penekanan terhadap pengeluaran serta
pemasaran produknya.Penubuhan industri asas tani merupakan
satu saluran kepada usahawan yang ada di Malaysia memasarkan produknya
dengan lebih teratur dan terurus
Industri Asas Tani juga
membangunkan usahawan dalam bidang asas perikanan & bukan perikanan.Agensi
yang berada di bawah Industri Asas Tani
ialah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA),Lembaga Kemajuan
Pertanian Muda (MADA),Institut Penyelidikann
dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI),dan Lembaga Kemajuan Ikan
Malaysia (LKIM).Agensi dalam bidang permakanan ialah dibawah agensi Lembaga
Kemajuan Pertanian Muda (MADA),dan Lembaga Pemasaran Pertanian (FAMA).
LATAR
BELAKANG KAJIAN.
Penyelidikan
yang saya jalankan ialah tentang promosi produk keluaran Lembaga Pemasaran
Pertanian Persekutuan (FAMA) di Sarawak. Lembaga pemasaran pertanian
persekutuan (FAMA) juga di kenali sebagai (Federal Agricultural Marketing Autority).
Lembaga pemasaran pertanian persekutuan (FAMA) di Sarawak mempunyai 10
cawangan antaranya Samarahan ,Bintulu
,Mukah dan Sibu .Penyelidikan saya hanya
berfokuskan Pejabat FAMA di cawangan Kota Samarahan bertempat di Kompleks Pengumpulan Ladang FAMA Jalan Meranek 93400
Kota Samarahan Sarawak. Terdapat banyak syarikat IKS Di bawah FAMA yang telah berjaya contohnya Agromas.Dalam
kajian ini saya memilih syarikat yang mengusahakan produk gula apong untuk di
promosikan kepada pengguna luar Sarawak kerana di kota samarahan banyak IKS
yang mengeluarkan produk yang sama.
Penubuhan FAMA bertujuan
menyelia, menyelaras, mengawalselia dan memajukan pemasaran keluaran pertanian
Malaysia, termasuk pengimportan dan pengeksportan.Lembaga Pemasaran Pertanian
Persekutuan (FAMA) merupakan agensi yang ada di setiap negeri untuk memudahkan
para usahawan terutamanya usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) untuk
menjadikan FAMA sebagai satu saluran untuk memasarkan produknya dengan lebih
teratur dan terurus..
IKS DI BAWAH AGENSI FAMA YANG TELAH
BERJAYA.
Ø
Syarikat
Best Farms Co.
Ø
Pegawai Perhubungan, Tuan Haji Muhammad
Abdullah.
Ø
Produk keluaran syariakat ialah Herba Plants,
Herba Extract, Raw Herbs, Herba Bevegas, and Packaging Services For Herbal.
Ø
Alamat perniagaan di Lot 36 B, kg Sri Indah B, Depan Surau Nurul Iman 47000 Sungai
Buloh, Selangor Darul Ehsan.
Ø
Pak Nik
Madu Enterprise
Ø
Pengurus, Pak Nik Abdul Malek Bin Nik Mahmod
Ø
Produk keluaran ialah menjual madu tualang, cuka
kurma, cuka epal, dan produk – produk kesihatan.
FAKTOR – FAKTOR IKS YANG BERJAYA.
Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi
kejayaan sesebuah industri Kecil dan Sederhana (IKS), aspek yang dapat di
kenalpasti yang dapat mempengaruhi kejayaan IKS iaitu sumbangan teknologi dan
sokongan kerajaan.Sesebuah organisasi yang tidak mempunyai teknologi dan
sokongan daripada pihak kerajaan agak sukar untuk bersaing dan berkembang
berbanding dengan organisasi yang memiliki teknologi dan sokongan dari kerajaan.
Dalam pembangunan yang semakin pesat ini tidak di nafikan bahawa penggunaan
teknologi membawa banyak kepentingan bagi meningkatkan daya saing dan prestasi
IKS.
CABARAN DALAM MEMAJUKAN IKS.
Terdapat beberapa cabaran dan halangan untuk
memajukan sesebuah organisasi dalam memasarkan produk IKS hingga ke tahap yang
lebih tinggi. Kelemahan sesebuah organisasi dan sikap usahawan itu
sendiri akan menghalang IKS itu untuk berkembang dengan maju, seperti
kekurangan modal, kekurangan kemahiran dalam pemasaran, kekurangan kemahiran pengetahuan dalam teknologi, kekurangan
pekerja yang mahir dan berpengetahuan
dalam sesuatu bidang untuk mengendalikan perniagaan serta tidak
berkemampuan untuk mendapatkan perniagaan yang sesuai.
Bagi
perniagaan yang baru, faktor modal dan pembiayaan amatlah penting dalam memulakan
sesuatu perniagaan. Sesetengah perniagaan yang baru beroperasi pihak bank tidak
meluluskan pinjaman kerana kadar faedah
terlalu rendah serta rancangan perniagaan dan status kewangan yang kurang
meyakinkan pihak peminjaman. Tenaga buruh yang kurang mahir dalam menguruskan perniagaan tidak akan
memberi kesan yang baik terhadap perniagaan. Skim latihan pekerja yang kurang
berpotensi dalam menguruskan perniagaan tidak dapat memberi persaingan yang
sengit dengan firma yang besar.
Aspek cabaran untuk meningkatkan
daya saing dalam kalangan usahawan IKS tidak boleh di pandang ringan, kerana
untuk bersaing keperingkat global, peningkatan dalam daya saing amat di
perlukan.Hal ini berkaitan dengan kualiti produk dan penggunaan dan penguasaan
teknologi maklumat dalam proses pembuatan dan pengurusan harus di beri
penekanan.IKS tempatan perlu meningkatkan penggunaan teknologi maklumat bagi
membolehkan mereka meneroka pemasaran ke peringkat global.
Memandangkan dalam bidang
keusahawanan sekarang semakin pesat, penting untuk mengenal pasti tahap
keupayaan usahawan IKS dalam mengendalikan sesebuah perniagaan setelah usaha
kerajaan yang giat dalam membantu golongan usahawan IKS.